Terganggu Dengan Imej Foto Sharlinie

MUNGKIN kandungan emel ini agak remeh, tetapi penulis tidak dapat menahan gerak hati untuk bersuara, sudah lama juga terpendam, maka emel dijadikan bahan gasaknya.
Tidak perlu panjang-panjang, terus pada tujuan emel. Maaf, penulis merasakan foto Sharlinie Mohd. Nashar, 5, perlu diperelokkan atau dimanipulasi dengan kaedah grafik pada bahagian kepalanya kerana penulis merasa ‘terganggu’ dengan imej foto Nini yang asal. Betul, ia telah dicetak beratus-ratus ribu helai dan diedarkan ke seluruh pelosok negara mahupun seluruh dunia melalui sakti internet.
Terganggu dalam erti kata; pertama, sukar bagi orang ramai hendak memfokuskan pada rupa subjek dan kedua, kesan sampingan juga diterima oleh orang ramai iaitu risiko sakit-sakit leher dengan hanya sekadar melihat foto subjek tersebut. Lucu? Fikir dua kali.
Kepala subjek perlu ‘ditegakkan’ supaya usaha mencari dan pengecaman Nini oleh orang ramai akan menjadi mudah dan tersusun. Atau senang sahaja, tidak perlu susah-susah, minta sahaja 2 atau 3 keping foto terbaru Nini daripada keluarganya yang lebih jelas dan terang supaya dapat dipergiatkan lagi pencarian Nini secara besar-besaran. Jangan lupa juga foto suspek ya. Jadi, penulis berharap kehilangan Nini yang sudah genap 10 hari akan berakhir degan penamat yang ceria, InsyaAllah.
Oh ya, sebelum terlupa, apakah pihak-pihak berkuasa serta pengamal media cetak dan elektronik tidak merasa sengal-sengal leher? Penulis mahu ke doktor selepas ini. Terima kasih
Sama-sama berdoa,
View technorati.com

No comments: