Hasnah, Pelajar Melayu Murtad Di USA


"Success is the ability to go from failure to another with no loss of enthusiasm" - Sir Winston Churchill
Hasnah, Pelajar Melayu Murtad Di USA- Rakaman Ucapan & Photograph
Dah almost 20 tahun dia tinggal kat US dan convert to Kristian.. Dah kawin mat saleh, dah tukar personaliti, rambut pun dah tukar colour , semuanya dah jadi macam orang Yahudi.. cuma yang masih tinggal cuma namanya saja.tak tahulah kenape dia nak kekal yang ini..Dengar pengakuan dan kebanggaannya yang tak terhingga kerana tinggalkan Islam dan convert Kristian.
Siap kutuk lagi...
BACA, DENGAR DAN MENANGISLAHH... NAA UZUBILLAH...
nama pelajar : HASNAH
asal : malaysia
keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang alkoholik
melajutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
mengapa keluar islam? : KESUSAHAN & KEPERITAN HIDUP MASA LAMPAU YANG DILALUINYA.... adakah ini satu alasan yg rasional?KALAU KORANG NAK TAU, DENGARKAN RAKAMAN AUDIO YG DI ATTACHKAN...NAuzubillahminzalik!
Tak tahulah nak salahkan sesiapa... Kubur sendiri-sendiri.. bila dahmati, jawablah sendiri...
Sebelum anda mendengar audio ini, marilah kita mengucap dan beristirgfah. Ia nya amat
mengerunkan... Semoga Tuhan menjauhkan kita, keluarga kita serta keturunan kita daripada murtad!Na'uzubillahminzalik!
Turn up your speaker volume to hear what this woman speaks about.Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam yang berasal dari malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.
Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu.
Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian.Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini.Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan,kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya.
Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudahtidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah. Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagai satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apa pun, alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima.Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar.
Jika hidup kita diberikan kesenangan,kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya.Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya.Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak.
Membuat saya terfikir,mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi.Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan.
Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka,sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah.
Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yang lain utk dijadikan iktibar..
Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam unutk memesongkan kita.Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyakkelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur.
Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubatdan kembali kepangkuan Islam. Insyallah.
Wassalam,
WAALLAHUA'LAM....

No comments: